RUMAH DI LEMBAH KLANG TIBA-TIBA DITENGGELAMI AIR SETINGGI 1 TINGKAT!

RUMAH TIBA-TIBA HANCUR MUSNAH AKIBAT BENCANA ALAM YANG TAK DISANGKA!

Mengalami hari-hari yang sukar sejak peristiwa hitam yang lansung tidak pernah berlaku dalam kehidupan sebelum ini

Lembah klang kini dalam situasi getir...

…hujan lebat dan renyai sambung menyambung tidak henti-henti berselang seli pada minggu ini di kawasan lembah klang telah mengakibatkan bencana banjir besar yang sebelum ini tidak pernah berlaku. 

 

… nyawa bagai dihujung tanduk, harta benda serta perkakas rumah dibawa arus air deras, dokumen-dokumen penting dan kenderaan juga banyak yang hanyut tergadai.

 

Saat ini, pada wajah mereka jelas terlihat trauma dan kesedihan masih berbekas.

semuanya berlaku secara tiba-tiba dalam masa yang sangat pantas..

Disebalik setiap terowong yang gelap, pasti akan ada sinar cahaya. Kehadiran anda bakal mengubah nasib kehidupan mereka. Hadiahkan mereka sebahagian dari rezeki yang Allah beri, Moga hadir sedikit sinar kegembiraan pada wajahnya.


Kami di Yayasan Ikhlas ingin mengajak anda bersama-sama menyumbang

Tabung Bantuan Bencana Lembah Klang

Dengan Kerjasama:

YAYASAN IKHLAS menganjurkan satu misi khas

KENAPA PERLU BANTUAN SEGERA?

Bencana yang berlaku secara tiba-tiba menyebabkan mereka tidak sempat menyelamatkan barang berharga.

 

Rumah masih ditenggelami air menyebabkan mereka terperangkap dan tidak dapat keluar rumah

 

Alhamdulillah, pada 19 hingga 22 ogos 2021 Yayasan Ikhlas menghantar bantuan kecemasan kepada warga Yan, Kedah.

 

Bersama 60 sukarelawan telah turun membawa sumbangan RM200,000 berupa wang tunai dan barang keperluan asas, selain membantu warga membersihkan kawasan rumah.

 

Semasa misi bantuan, kami dapati  masih ramai lagi mangsa banjir yang menunggu bantuan tiba.Terutama warga emas dan ibu tunggal, mereka kekurangan tenaga untuk membersihkan sisa banjir selain masalah kesihatan membataskan mereka.

 

Kami sempat merasai keperitan mereka membersihkan kesan banjir di rumah, sekolah dan pusat awam.

Bencana yang berlaku secara tiba-tiba menyebabkan mereka tidak sempat menyelamatkan barang berharga. Ratusan kederaan ditenggelami air dan tidak berjaya diselamatkan.

Rumah masih ditenggelami air menyebabkan mereka terperangkap dan tidak dapat keluar rumah. Majoriti telah dipindahkan sementara ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dalam sehelai sepinggang. Meninggalkan keadaan rumah yang masih dalam tidak terus dan kacau bilau. Berteduh dalam kesejukan basah kuyup, serta sangat kurang bekalan makanan asasi dan dan kediaman yang terputus sumber elektrik. 

Kami dapati  masih ramai lagi mangsa banjir yang menunggu bantuan tiba.Terutama warga emas dan ibu tunggal, mereka kekurangan tenaga untuk membersihkan sisa banjir selain masalah kesihatan membataskan mereka.

Dalam operasi sebelum ini kami sempat merasai keperitan mereka membersihkan kesan banjir di rumah, sekolah dan pusat awam.

 

 

Objektif misi kami mudah, kita nak meringankan beban mangsa banjir dan kerugian yang ditanggung.

SEBANYAK RM200,000 DANA DIPERLUKAN UNTUK MENYANTUNI LEBIH 800 KELUARGA MANGSA BANJIR UNTUK MISI KAMI SETERUSNYA

Dana terkumpul akan disalurkan dalam bentuk:

Tak Perlu Risau Tentang Ketelusan Kami

Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan  merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan. Yayasan Ikhlas mempunyai kelulusan Pengecualian Cukai dari LHDN.

 

Antara program yang telah dijalankan dibawah pendanaan Yayasan Ikhlas adalah seperti:

Bantu Pesakit Sihat

Bantuan dari segi alatan perubatan bagi kelangsungan kehidupan pesakit selepas menjalani pembedahan dan pertemuan atas nasihat doktor di hospital.

Pusat Komuniti Al-Huda

Al-Huda merupakan sebuah pusat komuniti yang meliputi aspek pendidikan, kemasyarakatan dan komuniti. Ia terletak di Semporna, Sabah dan dikelilingi oleh pulau-pulau kecil di sekitarnya.

Pek Ikhlas

Sumbangan makanan, pendidikan serta keperluan hidup untuk membantu ribuan keluarga yang susah di Malaysia.

Baikpulih Rumah Para Asnaf Di Sarawak

Membaikpulih kediaman tempat tinggal golongan yang tidak berkemampuan di Sarawak.

Alhamdulilah berkat sumbangan warga prihatin, Dengan izin Allah, kami telah menjayakan lebih 20 program yang sama seperti ini pada tahun 2021 ini, dengan keadaan yang sangat mencabar kesan dari serangan pandemik.

Kami menyeru anda untuk turut serta membantu kami lebih ramai lagi yang terjejas akibat bencana alam.

Yakinlah! Anda tidak akan miskin kerana membantu saudara kita yang memerlukan

Ayuh hulurkan sumbangan anda sekarang!

Hanya 3 Langkah Mudah 

Untuk Menyertai Misi Bantuan Bencana Banjir

Pilih Kuantiti Sumbangan Di Bawah

Isikan Maklumat Anda

Pilih cara pembayaran

©Misi Bantuan Bencana Banjir | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)