RUMAH DIPENUHI AIR & LUMPUR TEBAL AKIBAT BANJIR

RUMAH DIPENUHI AIR & LUMPUR TEBAL AKIBAT BANJIR

Mereka mengalami hari-hari yang sukar sejak peristiwa hitam yang langsung tidak pernah berlaku sebelum ini

MALAYSIA DALAM SITUASI GETIR

Hujan lebat & renyai berterusan menyebabkan hampir seluruh negara mengalami banjir buruk.

 

Pelbagai kerugian harta benda & kehilangan nyawa dilaporkan hampir setiap hari di dada akhbar dan media massa.

 

HARTA BENDA MUSNAH SEKELIP MATA

Bayangkan, dalam masa 1 malam sahaja ribuan keluarga kehilangan tempat berteduh.

 

Namun kami percaya, disebalik setiap terowong yang gelap, pasti akan ada sinar cahaya. Kehadiran anda bakal mengubah nasib kehidupan mereka.

Bantu Mereka Bersama Kami Dengan Menyumbang Dalam

TABUNG BANTUAN BENCANA BANJIR

As Seen On Media:

YAYASAN IKHLAS Menganjurkan Satu Misi Khas

KENAPA MEREKA PERLU DIBANTU SEGERA?

Ramai yang terjejas akibat banjir ini, lebih-lebih lagi di kawasan Lembah Klang & Pantai Timur:

 

🌊Kerosakan barang keperluan harian

🌊 Kehilangan punca pendapatan

🌊Ribuan kenderaan perlu dibaiki selepas ditenggelami air.

🌊Rumah masih ditenggelami air walaupun hujan telah berhenti.

🌊Lumpur tebal yang mendap di dalam rumah selepas air surut.

 

Mereka memerlukan pelbagai bantuan samada dari segi kewangan dan moral untuk meneruskan kehidupan normal seperti dahulu.

 

OBJEKTIF KAMI MUDAH

Untuk meringankan beban mangsa banjir & kerugian yang ditanggung.

DANA SEBANYAK RM500,000

Diperlukan untuk menyantuni lebih 800 keluarga mangsa banjir untuk meneruskan kehidupan selepas banjir.

Dana terkumpul akan disalurkan dalam bentuk:

ANTARA KAWASAN YANG TELAH DIBANTU

Misi Bantuan Bencana Banjir di Dengkil, Selangor.

Misi Bantuan Bencana Banjir di Taman Sri Nanding, Hulu Langat.

Misi Bantuan Bencana Banjir di Kg Janda Baik, Pahang.

Misi Bantuan Bencana Banjir di Temerloh, Chenorm Bentong & Karak. 

Misi Bantuan Bencana Banjir di Kampung Cemperai, Dengkil Bersama Jalen.

Misi Bantuan Bencana Banjir di Kg Sungai Ara, Mentakab.

Misi Bantuan Bencana Banjir di Paloh Hinai, Pekan, Pahang.

Misi Bantuan Bencana Banjir di Sungai Lui, Hulu Langat.

Misi Bantuan Bencana Banjir di Genting Sempah Bersama ISMA, Relawan Muda ISMA, PEMBINA, IFFAH dan KOMTECH.

Misi Bantuan Bencana Banjir di Mentakab, Pahang Bersama Sukarelawan ASTRO Kasih.

SIAPA KAMI?

Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan  merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit).

 

Kami telah menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan. Yayasan Ikhlas juga mempunyai kelulusan Pengecualian Cukai dari LHDN.

 

Antara program yang telah dijalankan dibawah pendanaan Yayasan Ikhlas adalah seperti:

Bantu Pesakit Sihat

Bantuan dari segi alatan perubatan bagi kelangsungan kehidupan pesakit selepas menjalani pembedahan dan pertemuan atas nasihat doktor di hospital.

Pusat Komuniti Al-Huda

Al-Huda merupakan sebuah pusat komuniti yang meliputi aspek pendidikan, kemasyarakatan dan komuniti. Ia terletak di Semporna, Sabah dan dikelilingi oleh pulau-pulau kecil di sekitarnya.

Pek Ikhlas

Sumbangan makanan, pendidikan serta keperluan hidup untuk membantu ribuan keluarga yang susah di Malaysia.

Baikpulih Rumah Para Asnaf Di Sarawak

Membaikpulih kediaman tempat tinggal golongan yang tidak berkemampuan di Sarawak.

Alhamdulilah berkat sumbangan warga prihatin, dengan izin Allah, kami telah menjayakan lebih 20 program yang sama seperti ini pada tahun 2021 ini, dengan keadaan yang sangat mencabar kesan dari serangan pandemik.

Kami menyeru anda untuk turut serta membantu kami lebih ramai lagi yang terjejas akibat bencana alam.

BANTU MEREKA BERSAMA KAMI

Yakinlah! Anda tidak akan miskin kerana membantu saudara kita yang memerlukan.

Ayuh hulurkan sumbangan anda sekarang!

Hanya 3 Langkah Mudah 

Untuk Menyumbang Misi Bantuan Bencana Banjir

Pilih Kuantiti Sumbangan Di Bawah

Isikan Maklumat Anda

Pilih Cara Pembayaran

©Misi Bantuan Bencana Banjir | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)