Rumah Lunyai
Dihenyak Badai!

Ratusan Keluarga Hilang Tempat Berteduh Sekelip Mata

AIR SEMAKIN NAIK

Hujan ribut & air pasang besar berterusan menyebabkan negeri-negeri di utara mula dinaiki air.

 

Ratusan rumah terjejas, ribuan harta tenggelam & ratusan keluarga lagi hilang tempat kediaman.

 

Air naik dengan laju menyebabkan ramai yang terperangkap termasuk anak kecil, ibu mengandung & warga emas.

 

Dijangkakan banjir kali ini akan mengakibatkan kerugian ratusan ribu & kemalangan jiwa yang tinggi.

Sejak beberapa hari yang lalu, negeri-negeri di utara tanah air telah mengalami hujan lebat dan angin ribut yang kencang beserta air pasang besar. Bencana ini dijangka akan berterusan sehingga 21 September 2024.


Kesan daripada bencana ini mengakibatkan beberapa kawasan di Pulau Pinang, Kedah & Perlis mula dinaiki air sehingga memaksa 3,800 mangsa banjir terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Yayasan Ikhlas Telah Mula Menyantuni Mangsa Banjir

19 September 2024, Yayasan Ikhlas melalui CDAERT telah mula menyantuni mangsa-mangsa banjir di Kampung Padang Temesu, Pokok Sena, Kedah.

Mereka Perlu
Bantuan Segera

Bencana banjir memberikan kesan emosi mendalam & kerosakan harta benda kepada mangsa:

  • Kerosakan barang keperluan harian

  • Kehilangan punca pendapatan

  • Kenderaan rosak ditenggelami air

  • Rumah masih tenggelam walaupun hujan berhenti

  • Lumpur tebal yang mendap selepas air surut

Mereka perlukan pelbagai bantuan kewangan dan moral untuk meneruskan kehidupan normal seperti dahulu.

Mereka perlukan pelbagai bantuan dari segi kewangan 

dan moral untuk meneruskan kehidupan normal seperti dahulu.

Mereka Perlu
Bantuan Segera

Bencana banjir memberikan kesan emosi mendalam & kerosakan harta benda kepada mangsa:

  • Kerosakan barang keperluan harian

  • Kehilangan punca pendapatan

  • Kenderaan rosak ditenggelami air

  • Rumah masih tenggelam walaupun hujan berhenti

  • Lumpur tebal yang mendap selepas air surut

Mereka perlukan pelbagai bantuan kewangan dan moral untuk meneruskan kehidupan normal seperti dahulu.

Mereka perlukan pelbagai bantuan dari segi kewangan dan moral untuk meneruskan kehidupan normal seperti dahulu.

Dana Sebanyak
RM 350,000 Diperlukan

Bagi meringankan beban lebih 800 keluarga mangsa banjir untuk meneruskan kehidupan selepas banjir, sumbangan orang awam akan digunakan untuk:

  • Wang tunai

  • Bekalan makanan

  • Barangan keperluan rumah

  • Membaiki peralatan elektrik

  • Pembersihan rumah selepas banjir

  • Kos baiki pulih rumah

  • Kit emosi & aktiviti kanak-kanak di PPS

Sumbangan Anda Pengerat Kasih

Setiap ringgit sumbangan anda akan terus disalurkan kepada mangsa banjir samada di kawasan banjir atau PPS melalui beberapa projek bersama sukarelawan.

Dapur Ikhlas

Merupakan langkah pertama & penting setiap kali banjir. Sumbangan anda akan digunakan untuk membeli makanan asas & dimasak untuk mangsa banjir.

Kit Emosi

Banjir memberikan kesan emosi yang buruk kepada mangsa samada dewasa atau kanak-kanak. Dengan kit emosi, mangsa akan mendapat sesi kaunseling & hiburan untuk menjaga kesihatan mental.

Projek Cuci-Cuci

Langkah pasca banjir ini akan mengerahkan tenaga sukarelawan YI untuk turun mencuci & membersihkan rumah mangsa banjir.

Baik Pulih Rumah

Mangsa yang mengalami kerosakan pada rumah akan dibaiki sehingga ia sesuai untuk didiami.

CDAERT Yayasan Ikhlas

Yayasan Ikhlas telah dilatih khas oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan mendapat sijil Civil Defence Auxiliary Emergency Response Team (CDAERT).

 

Ini membolehkan pasukan Yayasan Ikhlas untuk bertindak sebagai frontliner menyampaikan bantuan setiap kali berlaku bencana.

CDAERT
Yayasan Ikhlas

Yayasan Ikhlas telah dilatih khas oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan mendapat sijil Civil Defence Auxiliary Emergency Response Team (CDAERT).

Ini membolehkan pasukan Yayasan Ikhlas untuk bertindak sebagai frontliner menyampaikan bantuan setiap kali berlaku bencana.

Rakan
Kerjasama

Penglibatan Yayasan Ikhlas setiap tahun dalam misi bantuan bencana sentiasa mendapat sokongan dari badan-badan kerajaan & bukan kerajaan.

Setiap Sumbangan Layak Mendapat Pengecualian Cukai

Yayasan Ikhlas telah menerima kelulusan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) dengan nombor kelulusan 01/35/42/51/179-6.8139.

 

Sumbangan anda bukan sahaja membantu orang lain tetapi membantu anda kelak dengan pengecualian cukai LHDN.

Sabda Rasulullah: “Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”

Hanya 3 Langkah Mudah

Untuk Menyumbang Misi Bantuan Bencana Banjir

Pilih kuantiti sumbangan anda

Isi maklumat anda

Pilih bank & tekan butang ‘Terus Ke Pembayaran’

Yayasan Ikhlas
5628 3463 6235
Rujukan:  Bantu Banjir  

©Misi Bantuan Bencana Banjir | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)