AIR NAIK HINGGA KE BUMBUNG!
Peristiwa hitam semakin teruk. Kawasan yang tidak pernah banjir kini dinaiki air.
LEMBAH KLANG DAN PANTAI TIMUR KINI GETIR!
Hujan lebat & renyai berterusan menyebabkan hampir seluruh negeri Pantai Timur dan Lembah Klang mengalami banjir buruk.
Di Pantai Timur 17,742 mangsa banjir dipindahkan ke 141 Pusat Pemindahan Sementara (PPS), yang turut menempatkan 4,557 keluarga.
Rumah ditenggelami air & ramai mangsa yang terperangkap mengharapkan bantuan.
Terlalu banyak kerugian harta benda dilaporkan. Kita hanya mampu berharap supaya tiada kemalangan jiwa.
HARTA BENDA MUSNAH SEKELIP MATA
Bayangkan, dalam masa 3 hari sahaja ribuan keluarga kehilangan tempat berteduh.
Mereka terpaksa berlari naik ke bumbung untuk menyelamatkan diri & keluarga.
Namun kami percaya, disebalik setiap terowong yang gelap, pasti akan ada sinar cahaya.
Masih ada rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap pemurah sanggup membantu dari segi masa, tenaga & wang.
Bantu Mereka Bersama Kami Dengan Menyumbang Dalam
TABUNG BANTUAN BENCANA BANJIR
As Seen On Media:
YAYASAN IKHLAS Menganjurkan 1 Misi Khas
KENAPA MEREKA PERLU DIBANTU SEGERA?
Ramai yang terjejas akibat banjir Pantai Timur dan Lembah Klang:
Kerosakan barang keperluan harian
Kehilangan punca pendapatan
Ribuan kenderaan perlu dibaiki selepas ditenggelami air.
Rumah masih ditenggelami air walaupun hujan telah berhenti.
Lumpur tebal yang mendap di dalam rumah selepas air surut.
Mereka memerlukan pelbagai bantuan samada dari segi kewangan dan moral untuk meneruskan kehidupan normal seperti dahulu.
OBJEKTIF KAMI MUDAH
Untuk meringankan beban mangsa banjir & kerugian yang ditanggung.
DANA SEBANYAK RM500,000
Diperlukan untuk menyantuni lebih 800 keluarga mangsa banjir untuk meneruskan kehidupan selepas banjir.
Dana terkumpul akan disalurkan dalam bentuk:
- Wang Tunai
- Barangan keperluan
- Pembersihan rumah
- Baik Pulih Rumah
KAWASAN YANG DIBANTU DALAM MISI BANJIR PANTAI TIMUR & LEMBAH KLANG
Misi Bantuan Bencana Banjir kepada 42 Keluarga di Kampung Peneh, Terengganu
Misi Bantuan Bencana Banjir kepada 15 Keluarga di Kampung Lubuk Periuk Baru, Terengganu
Pembelian Barang Basah untuk Dapur YI di Kampung Lubuk Periuk & Kampung Peneh.
Misi Bantuan Bencana Banjir di Kg Kuala Sg Baru, Putra Heights
Misi Bantuan Bencana Banjir di Kg Pasir Baru, KL
Misi Bantuan Bencana Banjir di Kg Periok, Kg Baru, KL
KAWASAN YANG TELAH DIBANTU DALAM MISI BANJIR DIS 2021
Misi Bantuan Bencana Banjir di Dengkil, Selangor.
Misi Bantuan Bencana Banjir di Taman Sri Nanding, Hulu Langat.
Misi Bantuan Bencana Banjir di Kg Janda Baik, Pahang.
Misi Bantuan Bencana Banjir di Temerloh, Chenorm Bentong & Karak.
Misi Bantuan Bencana Banjir di Kampung Cemperai, Dengkil Bersama Jalen.
Misi Bantuan Bencana Banjir di Kg Sungai Ara, Mentakab.
Misi Bantuan Bencana Banjir di Paloh Hinai, Pekan, Pahang.
Misi Bantuan Bencana Banjir di Sungai Lui, Hulu Langat.
Misi Bantuan Bencana Banjir di Genting Sempah Bersama ISMA, Relawan Muda ISMA, PEMBINA, IFFAH dan KOMTECH.
Misi Bantuan Bencana Banjir di Mentakab, Pahang Bersama Sukarelawan ASTRO Kasih.
SIAPA KAMI?
Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit).
Kami telah menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan. Yayasan Ikhlas juga mempunyai kelulusan Pengecualian Cukai dari LHDN.
Antara program yang telah dijalankan dibawah pendanaan Yayasan Ikhlas adalah seperti:
Bantu Pesakit Sihat
Bantuan dari segi alatan perubatan bagi kelangsungan kehidupan pesakit selepas menjalani pembedahan dan pertemuan atas nasihat doktor di hospital.
Pusat Komuniti Al-Huda
Al-Huda merupakan sebuah pusat komuniti yang meliputi aspek pendidikan, kemasyarakatan dan komuniti. Ia terletak di Semporna, Sabah dan dikelilingi oleh pulau-pulau kecil di sekitarnya.
Pek Ikhlas
Sumbangan makanan, pendidikan serta keperluan hidup untuk membantu ribuan keluarga yang susah di Malaysia.
Baikpulih Rumah Para Asnaf Di Sarawak
Membaikpulih kediaman tempat tinggal golongan yang tidak berkemampuan di Sarawak.
Alhamdulilah berkat sumbangan warga prihatin, dengan izin Allah, kami telah menjayakan lebih 20 program yang sama seperti ini pada tahun 2021 ini, dengan keadaan yang sangat mencabar kesan dari serangan pandemik.
Kami menyeru anda untuk turut serta membantu kami lebih ramai lagi yang terjejas akibat bencana alam.
Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui.
Sumbangan Anda Besar Maknanya
Hanya 3 Langkah Mudah
Untuk Menyumbang Misi Bantuan Bencana Banjir
Pilih Kuantiti Sumbangan Di Bawah
Isikan Maklumat Anda
Pilih Cara Pembayaran
©Misi Bantuan Bencana Banjir | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)