Banjir ketika ini disifatkan bencana paling buruk yang pernah dihadapi negeri itu selepas 17 tahun menghadapi bencana banjir besar pada tahun 2006 yang lepas
Hujan lebat tahap merah & air pasang besar menyebabkan hampir seluruh negeri Johor mengalami banjir buruk kesan daripada bencana alam akibat Monson Timur Laut
Setakat ini lebih 25,000 mangsa banjir berada di pusat pemindahan sementara melibatkan 10 daerah.
“Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) masih mengekalkan amaran hujan berterusan tahap bahaya atau merah ke atas semua 10 daerah negeri ini sehingga hari ini, namun ramalan cuaca di beberapa daerah menyatakan keadaan cuaca lebih baik hari ini,” Saudara Azmi pengerusi jawatankuasa bencana negeri Johor.
18 sungai utama masing-masing lima di Segamat, tiga di Tangkak, dua di Batu Pahat, Kluang dan Kulai, serta masing-masing satu di Muar, Kota Tinggi dan Mersing, masih lagi berada pada paras bahaya.
Rumah ditenggelami air & mangsa yang terperangkap mengharapkan bantuan.
Terlalu banyak kerugian harta benda dilaporkan. Kita hanya mampu berharap supaya tiada kemalangan jiwa.
Bayangkan, dalam masa 3 hari awal sahaja ribuan keluarga kehilangan tempat berteduh.
Ada yang terpaksa berlari naik ke bumbung untuk menyelamatkan diri & keluarga.
Ada mangsa yang terdiri daripada warga emas dan uzur yang tidak mampu untuk menyelamatkan diri dengan pantas
Ada yang tergadai semua peralatan perkakas rumah & elektrik yang diusahakan selama ini
Namun kami hanya mampu yakinkan mereka, disebalik setiap terowong yang gelap, pasti akan ada sinar cahaya.
Masih ada rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap pemurah sanggup membantu dari segi masa, tenaga & wang.
As Seen On Media:
Sehingga 3 Mac 2023, bencana banjir yang kini menimpa Negeri Johor, telah mengakibatkan seramai 32 ribu mangsa bencana yang terjejas melibatkan 10 daerah. Ramai yang terjejas akibat banjir di Johor
Kerosakan barang keperluan harian
Mereka memerlukan pelbagai bantuan samada dari segi kewangan dan moral untuk meneruskan kehidupan normal seperti dahulu.
Untuk menyalurkan bantuan daripada insan peduli yang berhasrat untuk membantu meringankan beban mangsa banjir & kerugian yang ditanggung.
Bagi menyantuni lebih 800 keluarga mangsa banjir untuk meneruskan kehidupan selepas banjir.
Dana terkumpul akan disalurkan dalam bentuk:
7 Lokasi Program Kit Emosi di Pusat Pemindahan Sementara
[1] Dapur ikhlas bantu 500 penduduk Kg Kassim Jaya, Parit Laman, Sri Medan Batu Pahat
[2] Santuni mangsa-mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Sri Permatang Rengas. Jumlah keluarga yang terjejas seramai 126 buah keluarga yang terdiri daripadanya 106 orang kanak-kanak yang berada di sini
[3] Yayasan Ikhlas menyantuni mangsa-mangsa banjir di PPS Dewan Persatuan Bola Keranjang Yong Peng. Seramai 60 buah keluarga yang terjejas terdiri daripadanya 41 orang kanak-kanak yang berada di sini
[4] Yayasan Ikhlas bersama mangsa-mangsa banjir di PPS Dewan Orang Ramai Yong Peng. Jumlah keluarga yang terjejas seramai 108 buah keluarga yang terdiri daripadanya 97 orang kanak-kanak yang berada di sini.
[5] Yayasan Ikhlas hadir menceriakan emosi kanak-kanak di PPS SK Taman Kota Jaya
[6] Yayasan Ikhlas bersama 120 kanak-kanak di Sk Seri Mutiara, Johor Bharu yang turut menerima lawatan Pemaisuri Johor Duli Yang Maha Mulia Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah Afifullah dan Yang Amat Mulia Che’ Puan Besar Khaleeda binti Bustamam
Dengan kehadiran Yayasan Ikhlas, anak-anak tidak bosan dan mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat dan menguji minda.
Aktiviti bersama anak-anak dengan menggunakan modul Kit Emosi. Ibu-ibu juga turut bersama dengan bermain congkak. Tidak hanya dengan Kit Emosi, pelbagai aktiviti dijalankan seperti bola beracun, music chair dan banyak lagi.
Mickey Mouse dan Doraemon juga tidak terlepas peluang bersama menyantuni anak-anak dalam misi kali ini. Anak-anak teramat teruja dan gembira melihat gelagat-gelagat mereka yang mencuit hati. Ibu bapa juga berkesempatan meraikan suasana riang gembira bersama anak-anak
Seronok dapat tengok mereka gembira. Lupakan sekejap musibah banjir yang menimpa.
InshaAllah kami akan teruskan di tempat-tempat lain. Bantu kami untuk mendoakan agar bencana banjir segera pulih.
Misi Bantuan Bencana Banjir di Dengkil, Selangor.
Misi Bantuan Bencana Banjir di Taman Sri Nanding, Hulu Langat.
Misi Bantuan Bencana Banjir di Kg Janda Baik, Pahang.
Misi Bantuan Bencana Banjir di Temerloh, Chenorm Bentong & Karak.
Misi Bantuan Bencana Banjir di Kampung Cemperai, Dengkil Bersama Jalen.
Misi Bantuan Bencana Banjir di Kg Sungai Ara, Mentakab.
Misi Bantuan Bencana Banjir di Paloh Hinai, Pekan, Pahang.
Misi Bantuan Bencana Banjir di Sungai Lui, Hulu Langat.
Misi Bantuan Bencana Banjir di Genting Sempah Bersama ISMA, Relawan Muda ISMA, PEMBINA, IFFAH dan KOMTECH.
Misi Bantuan Bencana Banjir di Mentakab, Pahang Bersama Sukarelawan ASTRO Kasih.
Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit).
Kami telah menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan. Yayasan Ikhlas juga mempunyai kelulusan Pengecualian Cukai dari LHDN.
Antara program yang telah dijalankan dibawah pendanaan Yayasan Ikhlas adalah seperti:
Alhamdulilah berkat sumbangan warga prihatin, dengan izin Allah, kami telah menjayakan lebih 20 program yang sama seperti ini pada tahun 2023 ini dengan banjir di Pantai Timur, Sabah pada awal tahun baru ini dengan keadaan yang sangat mencabar kesan dari Monsun Timur Laut.
Kami menyeru anda untuk turut serta membantu kami lebih ramai lagi yang terjejas akibat bencana alam.
Sabda Rasulullah: “Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Ketahuilah bahawa Allah akan mempermudahkan urusan hamba yang membantu orang lain yang di dalam kesusahan.
Hanya 3 Langkah Mudah
Untuk Menyumbang Misi Bantuan Bencana Banjir
Pilih Kuantiti Sumbangan Di Bawah
Isikan Maklumat Anda
Pilih Cara Pembayaran