Hujan lebat berterusan menyebabkan paras air naik mendadak sehingga ke tahap merbahaya (tahap merah).
Setakat ini, ribuan kediaman musnah dan ribuan lagi mangsa banjir terjejas dan terpaksa dipindahkan ke PPS, termasuk anak kecil, ibu mengandung & warga emas.
Bencana banjir memberikan kesan emosi mendalam & kerosakan harta benda kepada mangsa.
Mereka perlukan pelbagai bantuan dari segi kewangan dan moral untuk meneruskan kehidupan normal seperti dahulu.
*Kemaskini pada tarikh 5 Disember 2024
Bagi meringankan beban lebih 800 keluarga mangsa banjir untuk meneruskan kehidupan selepas banjir, sumbangan orang awam akan digunakan untuk:
Wang Tunai
Bekalan Makanan
Barangan Keperluan Rumah
Membaiki Peralatan Elektrik
Pembersihan Rumah Pasca Banjir
Baik Pulih Rumah
Kit Emosi Kanak-Kanak
Sejak dari 2019, setiap tahun Yayasan Ikhlas akan mengulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang terjejas. Setiap ringgit sumbangan anda akan terus disalurkan kepada mangsa banjir samada di kawasan banjir atau PPS melalui beberapa projek bersama sukarelawan.
Yayasan Ikhlas telah dilatih khas oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan mendapat sijil Civil Defence Auxiliary Emergency Response Team (CDAERT).
Ini membolehkan pasukan Yayasan Ikhlas untuk bertindak sebagai frontliner menyampaikan bantuan setiap kali berlaku bencana.
Yayasan Ikhlas telah dilatih khas oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan mendapat sijil Civil Defence Auxiliary Emergency Response Team (CDAERT).
Ini membolehkan pasukan Yayasan Ikhlas untuk bertindak sebagai frontliner menyampaikan bantuan setiap kali berlaku bencana.
Penglibatan Yayasan Ikhlas setiap tahun dalam misi bantuan bencana sentiasa mendapat sokongan dari badan-badan kerajaan & bukan kerajaan.
Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit).
Kami fokus untuk meningkatkan taraf hidup & kebajikan komuniti setempat serta antarabangsa.
Antara program yang telah dijalankan dibawah pendanaan Yayasan Ikhlas adalah seperti:
Yayasan Ikhlas telah menerima kelulusan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) dengan nombor kelulusan 01/35/42/51/179-6.8139.
Sumbangan anda bukan sahaja membantu orang lain tetapi membantu anda kelak dengan pengecualian cukai LHDN.
Sabda Rasulullah: “Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Untuk Menyumbang Misi Bantuan Bencana Banjir
Pilih kuantiti sumbangan anda
Isi maklumat anda
Pilih bank & tekan butang ‘Terus Ke Pembayaran’
Yayasan Ikhlas
5628 3463 6228
Rujukan: Banjir